K O S O N G

again, sumpah. aku menghargai malam ini, tapi aku tak mahu seperti ini, jiwa ini seakan akan menghempap perasaan aku.

ya, aku terasa kosong sgt. sgt kosong, feel blur. rase mcm nak jerit kuat2. nak nangis pun ade, tapi tak MACHO lah beb, tak salah kalau menangis sorg2 tanpa seorang pun yang tahu. aku pun ade perasaan, aku berhak utk disayangi dan menyayangi, itu sudah semesti. aku rase mcm kosong sgt,

kenape aku mesti STALK prfile die sedangkan aku tahu aku akan terluka, pada siapa aku harus mengadu. sekali lagi aku pentingkan diri sendiri, bila susah baru aku mentaati. iaitu kepadaNya. aku tak sanggup lagi mcm ni, hidup mcm ni, dgn perasaan yg amat tertekan.



akuu hanyalah manusia hipokrit, bila dihadapan berlagak seperti tiada ape, walhal dalam hati tuhan saja yang tahu. aku masih tidak boleh menipu diri, walaupun aku sudah 'melepaskannnya' sekian lama, perlu atau tidak perasaan rinduku ini kepadanya? ego aku sbg seorg lelaki tidak akan pernah padam. aku admit ini kesalahan aku. tapi sekurang-kurangnya aku merendahkan ego aku untuk menyatakan aku silap. tapi kau? maafkan aku jika aku berkasar.

aku pun punyai perasaan yang sama, sama seperti yang lain. Terima kasih.

MINTA MAAF

Assalamualaikum,
Sorry sgt2 mmg bz gile since enter sem 5 ni. banyak sgt kerje kene buat. skg ni pun boleh 'curi2' updateje sbb mase tak mengizinkan. :(
insyaAllah satu mase nnt k?

Fadzlee Ariffin.

rindu nak buat artwork. tapi apekan daye :'(

Salam :')

Kecoh pula kisah AMALINA

Dah namanya hot story, pasti benda yang kecil menjadi tajuk perbualan utama. kenape? Kisah si gadis pintar 17A yang menggemparkan negara 5 tahun sudah kini tidak seperti dahulu lagi, mengapa? tepuk dada tanya selera.

Kita sebagai manusia tidak akan lari daripada kesilapan, kita bebas melakukan ape je yg kite mahukan. Orang boleh mengata, tetapi kita semua tak boleh sama sekali menilai sama ada beliau masih seperti Amalina yang dahulu atau sekarang.

Pelbagai spekulasi ditohmah ke atas gadis manis ini sementelah beliau ke luar negara, dilaporkan gagal dalam A levelnya. sejauh mana kebenarannya setelah pelbagai berita negatif disebar dari 1 blog ke 1 blog yg lain, seolah-olah mahu meng-iyakan kenyataan tersebut.

Sekali lagi tepuk dada, tanya selera. Siapa kita untuk menghukum? siapa kita untuk mendabik dada utk menunjukkan bukti? - tiada bukti bukan?

Tidak kurang juga ada yg menyatakan si Amalina kini sedang membuat Degree dalam bidang perubatan. Amalina ambil pula Ijazah kedua dalam jurusan sains farmakologi. Ya. - kedua-duanya degree serentak!

Tapi aku tidak mempunyai bukti yg kukuh utk semua itu. aku hanye melihat, membaca serta mendengar, kerana aku yakin, Amalina masih Amalina, Nur Amalina Che Bakri. :)

-FA



p/s: Just the way you are.