Review Ur Blog by The Kiz's Garden.

Assalamualaikum, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada The Kiz sebab adakan segmen yang interesting mcm ni. Sebelum ni memang tak pernah terfikir nak join mane2 segmen melainkan ade dua segmen je yang Farid join setakat ni. Jadi, harap-harap dapatla blog di'review' oleh The Kiz.

Sebenarnya mereka ade buat 2 segmen iaitu


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe ) - Mesti Follow! haha
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.


dan 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni 
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012


Jadi Farid memilih segmen yang kedua iaitu 'Review Ur Blog'  :)

Hasilnya kalau join segmen ni?

1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat ur blog yang blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content 
c. Cara penulisan



Ini link blog mereka: 

Terima kasih!



Thanks The Kiz!

MYRAVEA: Segmen Warna Pilihan Untuk Blogku

Warna Pilihan:

- Hijau (Pucuk pisang)
- Coklat tua

Sebab memilih dua warna ni adalah disebabkan warna kegemaran saya, walaupun agak kontra tapi saya mahukan kelainan. Lagipun ia tampak 'hidup', lebih menarik dan mahu menonjolkan diri saya yang sebenar,
Thanks Myravea :)


Malam tahun baru yang paling WORST

aku takde mood, dari petang sampai sekarang. termasukla mlm ni. aku nakkan ketenangan je, aku tak mau jawab kol, mesej dari sape2. aku tak penting pun jgn risau la, aku bukan sape2 pun, aku ni syok sendiri je, mungkin kalau aku kaya semua org nak pandang aku kot, oh silap, pandang DUIT.

aku mungkin tak kaya, but i'm still have a feeling! aku ade perasaan. aku berhak menyatakan ape yang aku nak, aku dah cuba neutralkan semua, aku cuba fhm semua, aku nak kongsi perasaan ni same2. tapi ape yg aku dpt? sorg pun tak pandang, nak mengerti?jauh sekali.

aku fedup, aku nak jd org yg takde perasaan lepas ni, KALAU boleh.

and, aku malas nak beri harapan atau diberi harapan.

Alhamdulillah.

Tak sia-sia sebulan lebih dah nak masuk 2 bulan menunggu, Result jatuh ke riba. tet.
Haha, mula macam tak percaya, tapi nak buat mcam mane, kena la percaya. okay la. 2B, yang lain2 semua A. Tapi aku frust subject yang aku target A melepas. Cuma dapat B+ je, dua subjek B+, takpe aku syukur sangat2.

Bagi aku, result sem lepas adalah yang paling baik sepanjang aku belajar, tak sia2 kene survive sane sini, duk sampai petang. Perabis duit, last2 berbaloi jugak, sem ni serius memang ramai dekan. Seramai 16 orang, Alhamdulillah aku ucapkan tahniah kepada mereka.

Ram
Yana
Acap
Gee
J
Paen
Ai Sis
Angah
Botak
Amin
Daus
Ayu
Jo
Bob
Hasbi

eh 15 org je , sape lagi sorg? jeng jeng jeng :)
1 person is unknown. hee, ape2 pon. korg memang terbaik, pade kwn2 yg lain tahniah jugak, takpe. tinggal lagi 1 sem lagi. pulun habis2! ok? tak yah risau, usaha tangga kejayaan. :)

p/s: 3.79? not bad la. Syukur. Saye la yang ke 16 tu :)

Mungkin :)

Aku tak ada barangan yang berharga, kecuali 3 benda.

-Laptop kesayangan aku, Acer Aspire 3625  dan Acer Aspire 4755G
-Handphone: Murah je. Samsung GT E1080-F
-Sony walkman MP3

Tanpe 3 bende ni, aku tak boleh hidup. tak akan boleh hidup, mungkin jasad masih bergerak. Tapi hatiku akan 'MATI'.

Laptop pertama, aku beli hasil duit gaji aku kerja dgn kakak aku,
Laptop kedua, alhamdulillah aku dapat duit MARA, boleh la beli laptop ni :)




Sony Walkman MP3 aku beli hasil duit gaji aku bekerja dulu.





Hp samsung ni je yang special, mula2 mak aku beli hasil duit gaji aku sbb ak bagi mak aku apakai, memandangkan mak aku tak familiar dgn  samsung sgt, so die tuka hp lame aku dgn hp ni. Sampai skg. i <3 u samsung



* Nak? boleh, kumpul duit sendiri, dan USAHA. Mak aku pesan, kau nak, kau kumpul duit. Lepas tu beli ape yg kau nak. Bile aku keje setahun, aku boleh beli mcm2 yang aku nak hasil pendapatan halal aku sendiri. itu lebih PUAS dan akan menjadikan kite seorang yang bersyukur dan lebih menghargai sebenarnye, dari hasil titik peluh kita sendiri.

p/s: Pernah satu ketika aku takbur dengan kemewahan dunia, sehinggakan diri sendiri teraniaya, biarlah. Secebis kisah lama. :)

LOVE STORY is not about LOVE IS CINTA


Pelik gak tajuk tu, tapi menangis jugak aku tgk cite nie berbanding Love is Cinta, lakonan heroin dan hero yg sama, cuma cerita ni agak heavy sikit than before. Eventhough dah release 11 bulan yang lepas, baru semalam aku dpt tgk di saluran Pelangi 142, Astro.


haaa..tara! kata Baim Wong. 

Hehehe. Tetibe nak nyanyi dari bait-bait ni:

"love story let’s make a history
sejarah kisah cinta kita menguasai bumi
mengalahkan semua yang paling terindah

love story let’s make a history
biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
namun cinta kita tetap akan utuh"


-Melly Goeslow feat Irwansyah : Love Story



mengisahkan tentang Ranti dan Galih (Acha Septriasa-Irwansyah) selalu bersama-sama sejak muda, yang akhirnya menyemaikan cinta di hati mereka. Di tempat mereka ni tak ada sekolah. So, Ranti dan Galih harus melakukan perjalanan yang cukup jauh untuk bersekolah dalam terik dan hujan. Ranti dibantu Galih membuat patung kayu seorang guru, Ranti bercita-cita menjadi guru di kampungnya. Galih bertekad untuk merealisasikan mimpi Ranti.




Ranti dan Galih mulai menginjak usia remaja dan keduanya seperti tak terpisahkan. Akan tetapi adat masyarakat melarang Galih dan Ranti untuk bersatu. Ada kepercayaan kalau dari desa Galih dan desa Ranti yang terpisahkan sungai menikah, akan mengakibatkan bencana. (syirik kalau difikirkan). Keduanya berpisah ketika Galih harus ikut orang tuanya pindah ke kota. Sejak saat itu, tahun demi tahun dilalui Ranti tanpa Galih. Penantian cinta Ranti sgt utuh dan berharap satu ketika Galih akan kembali


Setelah bertahun-tahun Ranti menunggu, akhirnya Galih kembali. Galih datang untuk mewujudkan impian mereka. Galih ingin membangun sebuah sekolah untuk Ranti mengajar, lengkap dengan kincir air untuk sumber elektrik. Ranti dan Galih sedar kalau mereka tak akn dipisahkan. Tetapi penduduk kg kat situ boikot sebab Galih melamar Ranti. (takut ditimpa bencana).


Galih habis-habisan berusaha mewujudkan pembangunan sekolah. Galih mengisi hari-harinya dengan kerja tanpa kenal waktu, sedangkan Ranti disekat oleh ayahnya sedangkan nenek Ranti tidak mampu utk menolong Ranti kerana takut terjadi sesuatu. Sampai akhirnya Galih mula sakit. Penduduk menganggap sakit Galih, seperti juga kejadian yang menimpa Wagie, siswa yang mati ketika pergi ke sekolah dengan mengambil jalan pintas, adalah sebagai akibat pelanggaran adat.




Galih bersikap keras dengan membantu Ranti menyiapkan sekolah dan kincir angin, namun di saat yang sama sakitnya semakin parah. Perjuangan cinta mereka ternyata sulit menyentuh hati penduduk disitu. Penyakit Galih sudah sedemikian parah, Ranti tidak bisa merawatnya kerana Ranti terus didera dan disekat oleh ayahnya.

Akhirnya sebuah sekolah berdiri lengkap dengan kincir air. Kekuatan cinta Galih dan Ranti membetulkan pandangan keliru yang melarang dua hati untuk bersatu, menganggap bahawa sesuatu yang diberikan oleh Allah, bukan sia-sia, tetapi satu hadiah istimewa.




*saat aku tgk irwansyah mati..berjurai-jurai air mata ku! tak dapat dibendung lagi, awesome work from Acha Septriasa yang baru2 ini memenenangi 'Aktress Terbaik' di Festival Filem Greece menerusi Filem ini, 'Love Story'. Greece tu! Congrats!

Nilai yang aku dapat dari cerita ni, nilai sebuah erti PENGORBANAN. itu keyword cerita ni, walau ape saja badai yg melanda, sedikit pun tak akan merubah cinta kita terhadap kekasih kita. Pergh, benci nak keluarkan ayat2 mcm ni, but i have to.

so, sebabkan cite nie kasi aku nangis kaw2, aku bg 4.5/5 bintang. Great! Tetibe teringat H.J.A, die sudi pinjamkan bahu die utk aku menangis. thanks. syg kamu.


Aku tinggalkan pesanan

Sebenarnya di antara kita ni penuh dengan wawasan dan hujah yang bernas, terutama bab mengkritik dan mencari silap orang lain. aku pula kengkadang suka trap balik manusia sebegini dengan satu soalan yang simple ,


" kau buat apa plak tuk diri kau, aku tengok sama je dari dulu sampai la "

then masa tu mereka akan terkedu untuk membidas semula, tetapi ada juga yang melawan... lawan tetap lawan.. nama pun pejuang... hehehe, maka diapun menyalahkan orang lain punca dia sebegitu.

aku ni takde la pandai giler bab dalam hal agama ni.tapi aku pernah la dengar satu kata2 yang mengatakan


" tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang itu anda seseorang itu tidak mahu mengubah nasibnya "


kengkadang kesalahan orng lain tu maybe 10% je 90% tu datang dari kita, tapi normallah, takkan kita nak ngaku salah kan.

terutama depan orang.. jatuh la ego beb.... tapi itulah realitynya.. kita tahu kita perlu lakukan sesuatu,
cuma kita malas atau lebih suka mengharapkan org lain atau terus mengharapkan qada' dan qadar..
so masa tuk kita ramai2 lihat salah diri dulu then kita betulkan mana yang rompong.

inilah maksudnya cerita tak guna tembak tak kena.. sekian terima kasih :)

- Pesanan Mr Kukubesi Manipulasi, i like ur word bro.

Bila jumpa 'Diari Lama'

Makan malam, 8:20 pm.

Abah: Ha. Abah nak g gerik esok. Kome jage diri elok2.
Mak: macam la nak g jauh. Nak cakap mcm nk g London.
Aku: Ntah abah nih. abah, sape nk anto adik besok nih? (buat muke)
Abah: abah anto kamu, trus abah ke gerik. Kejap je pon.
Aku: alaaa…balik kolej?
Abah: abah ambik la kalo sempat. Bla..bla..blaa…

Sambil2 dgr bpk aku bebel, aku pun ceduk kangkung belacan yg mak aku buat. Mak aku mmg silent killer. Potong cili udah ghope kangkung. Memanjang-manjang je. Aku pun gigit.

Abah: ha, yg kamu ni dah ghope mandi ni nape? Udah lenjun.
Adik: Airrrrrrr. (pegang tengkuk sambil jelir2 lidah)
Abah: Nak mati dah ke?
Mak: Tu la. Makan tak mau tengok.
Aku: Mak, boleh tak potong cili secare normal? (peril)
Mak: Nak normal, pi masak sdiri. Aku nk tgk sedap tak mcm mane yg aku masak. (geram)
Abah. Pasal cili pon nak btekak. Sorg mulot itik. Sorg dah ghope mandi sauna dah bpeluh bagai nak ghak.
Aku: Mak tak payah la letak cili sebijik2.
Mak: Habis tu? Nak mak letak sepaket cili terus ke?
Aku: pffftttt.

P/s: Makan malam yg sgt sentap. Damn.

*Entry kt atas ni sepatutnya aku nk publish lame da..tapi...hehe